Saturday, October 11, 2025

Student life in Melbourne

 

 وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم


Hi, hampir setahun tak update blog kesayangan aku ni. Aku pun hampir setahun dah duduk Melbourne ni. Best tak duduk sini? Mesti la seronok! Raya pun aku sambut kat sini. Open house setiap minggu ada. Makanan melayu bersepah kat sini, komuniti Melayu pun besar kat sini. Actually it depends on which suburbs yang korang tinggal.

Study macam mana? Okay tak? Susah ke? Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Maybe sebab aku cuma ambil sijil and diploma, jadinya subject setiap semester tak sesusah kalau ambil degree. Yuran setiap semester pun aku bayar sendiri, kerja kat sini limited hours tau? Kalau student, hanya di benarkan 24 hours if ada slip gaji & kena bayar tax. Kalau kerja gaji dibayar cash, tak kisah berapa hour pun nak kerja boleh!

Kalau macam college aku ni, kelas 2 hari seminggu. Satu hari physical class, satu hari lagi untuk discussion class(untuk settlekan assignment kalau tertunggak). Jadinya, hari lain yang free tu boleh la aku bekerja. Kerja susah tak dapat kat sini? InshaaAllah senang if korang jenis tak memilih kerja & boleh communicate dengan bagus. If korang senang buat kawan, inshaaAllah nak cari kerja pun senang. Apa yang aku nampak culture kat sini, dyeorang suka recommend kawan-kawan dyeorang yang elok untuk kerja kat company yang cari pekerja.

Meh la aku share gambar selama mana aku dah menetap di Melbourne ni. Oh lupa nak inform, kat sini gaji dapat setiap minggu tau! Bukan sebulan sekali macam Malaysia. Hehe!




Ni hari 1st sampai di Melbourne! Kawan jemput kat Southern Cross Train station. Excited ko ha sampai 2 luggage aku bawak! Tak expect sampai2 kena naik tram ke rumah sewa T_T
Nak pengsan tarik luggage weh..






































































No comments:

Post a Comment