السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hai semua, cuti-cuti nak pergi Melaka? Alamak, Melaka ada apa
seh? Macam-macam ade, cuma sediakan duit aje lah ye. Hahahaha ni aku nak share pengalaman
aku duduk Melaka. Ini yang aku rasa tempat paling okay untuk makan dan amik
gambar. Hewhew. Tempat mandi-manda nanti aku update lagi sekali ya.
First place is Sky
Tower Melaka.
Bayar berapa? RM 25 sorang. Wehhh sumpah mahal. Cuma korang
dapat la amek gambar sikit-sikit kat situ. Tempat dia kecik aje, memang sekali
seumur hidup je lah pergi. Nah hakak belanja gambar.
Muka acah-acah berani berdiri tempat tinggi.
Boleh nampak view laut Melaka dari atas ni dan jugak view
Bandar kat Melaka nih !
Di nasihatkan ambil gambar puas-puas ya, sebab korang bayar
mahal.
Encik guard bangla tolong amekkan gambo.
Nilah hasil abang-la amekkan gambar tadi. Hahahaha.
Alamat boleh google untuk direction : The Shore Sky Tower, Melaka
Second place, Coconut
Shake Batu Berendam.
SEDAP TAHAP ABADI OKAY. Hahaha tak nyesal beratur panjang. Tapi
masa aku pergi tu, tak duduk lah kat warung tu sebab kerusi meja semua penuh. Hewhew.
Selain daripada coconut shake, ade jugak jual macam cucuk-cucuk kat situ,
keropok lekor pun ade. Best!
Aku punya Coconut Shake double special okay. Hahahaah ICE
CREAM LEBIH MELEBIH :p
Kalau harga macam yang aku beli ni RM3.40 kot. Lupa dah T_T
Alamat boleh google untuk direction : Jalan Batu Berendam,
Melaka, Malaysia
Third place, Mee Sup
Tengkera.
Ni memang THORBAIK. Sedap gila okay pakcik tu masak kuah mee
sup dia. Macam nak makan 3 mangkuk. Harga mee tu
semangkuk dalam RM 4.50. Murah hokey. Pakcik ni bukak kedai dia dari Tengah hari
sampai lah petang. So korang jangan lambat !
Alamat boleh google untuk direction : Lot, 460, Jalan
Tengkera, 75200 Melaka, Malaysia
Fourth Place, Restoran
Line Clear Kg. Jawa.
Mee bandung dia okay-okay la, tapi disebab kan haritu dah
kenyang so aku order satay dengan cendol je. Well, satay dia okay cuma cendol
dia tak sedap sebab santan tak cukup and jeli-jeli hijau dia keras kahkah. Tapi
nak rasa jugak kan :p
Sila abaikan muka kawan hakak yang berselera sangat makan
tuh. Haha!
Kedai dia bukan je setakat ade mee bandung, cendol dan satay.
Ade jugak Rojak, kuey tiauw senang kata goreng-goreng semua adalah. Sambil korang
tengah makan tu, boat dari Bandar hilir akan lalu so lambai la macam artis
hahahahah.
Belakang kedai tadi tu ade jalan yang penuh dengan graffiti &
puisi puisi orang tampal. So boleh lah ala ala photoshot kat sana. Hehe.
Alamat boleh google untuk direction : JALAN JAWA, Melaka 75000, Malaysia
Fifth place, Big Bowl
Ice Batu Berendam.
THE BEST ICE CREAM EVER. Hahahaha. Macam-macam menu ade,
shave ice ade , ice cream letak buah pun ade. Aku beli Banana Ice cream topping
dengan chocolate syrup. Weeeeeeee. Aku tak makan kat kedai, makan dalam karoke
je sebab on the way nak pergi karoke masa tu hehehe.
Alamat boleh google untuk direction : NO 1, jalan mp 3, TAMAN MERDEKA PERMAI, BATU
BERENDAM, 75350 Batu Berendam, Melaka, Malaysia
Well, selamat berjalan ye kat Melaka nih. Kalau dah tak tahu
sangat nak kemana. Google je. Babai!!








No comments:
Post a Comment