السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hai semua? Sihat? Tengah buat apa tu selain online? Haha aku
mereput je kat rumah ni hah. Baru je jejak rindu dengan ex classmate uitm
jasin. Sedihnye bila sebut ex. Hahahaha. Well, nak share pasal apa ni? Makeup ler
apa lagi. Hahaha ramai yang request suruh buat tutorial makeup. Hmmm aku segan
sebenarnye, aku cuma boleh share apa yang aku pakai and step nye. Okay? Keep reading
yeah. Kat bawah tu ade la contoh muka hakak selepas makeup :p
Ni contoh berus yang hakak pakai :D
First skali,
Apa benda ni? Hahhh ni lah krim siang aku. Aku guna kan krim
Ponds ni sebelum pakai krim CC aku tuh. Ni tujuan nye untuk melembapkan kulit
kita sebelum bermakeup. Kalau korang ade krim siang lain yang bagus, pakai aje
tapi nipis ya.
Step ke-2,
Maybeline White SuperFresh CC Cream. Kenapa aku pilih ni? Sebab,
teksture dia sangat lah lembut and nipis! Tak lah nampak makeup awak tu tebal
macam hantu cina. Haha! Kalau korang dah biase pakai BB Cream atau pun
Foundation Silkygirl / maybeline teruskan pakai ye tapi jangan tebal sangat. Picit
sikit kat tangan, and sapu kat seluruh muka. Utamakan bahagian bawah mata ,
dahi dan jugak pipi.
TIPS : Nak nampak krim awak tu rata tak bercapuk? Boleh la
pakai sponge ni, bagus sangat! Lagi rata daripada awak pakai tangan! serius.
Step ke-3,
Bedak compact! Yeahhh, ni part paling senang, pakai brush or
pakai je sponge yang ade dalam bedak compact awak tu. Dua tiga kali lalu sahaja
ye. Pastikan rata seluruh muka..
Step ke-4,
Bentukkan kening anda! Yeahhh, kening nipis? Ke tebal macam
kening aku tu? Hehehe, by the way. Nak cakap, awak makeup lah macam mana pun,
JANGAN SESEKALI CUKUR. BERDOSA OKAY.
Hmm aku guna Super Line Brow Designer Pro
Loreal punya. Kaler dia dark brown, okay la kot tanak la light sangat haha. Cane
nak lukis kening?? Susah?! Sabar sabar.. aku pun dulu tak reti.. macam ni..
- Amek cermin. Tengok betul-betul kening korang tu
- Amek pencil/liquid brow designer tu, gariskan ikut line kening yang bahagian bawah. Tarik sampai hujung kening.. kalau pakai pencil, tekan sikit ya.
- Lukis plak garisan kat bahagian atas kening awak tu.. Tarik sampai hujung.. last skali draw penuh kat bahagian dalam bulu kening awak tu. Kalau guna liquid lagi bagus. Senang je and tak comot.
- Ulang untuk kening kiri & kanan
- Kalau kening awak ade bulu-bulu yang bersepah tu, tutup pakai concealer okay.. JANGAN CUKUR…
Step ke-5,
Ade jerawat? Alamak! Haha rileks. Apa guna concealer ni? Aku
just beli yang stick sebab jerawat aku tak nampak obvious sangat. Kalau sesapa
yang jerawat dia tengah meletup-letup tu, better pakai yang liquid punya sebab
lagi tebal and jerawat tak nampak langsung :3
Cane nak pakai concealer ni? Tepek je kat bahagian yang ade
jerawat tu, then guna sponge tu untuk ratakan, pakai tangan pun boleh untuk
concealer ni.
Step ke-6,
Ni paling best! Contour, bronzing and hightlight! Macam mana
nak pakai ni? Banyak nye step? Dok eh sonang yo.. Aku beli set ni kat Watson je, bahagian Sendayu Tinggi..
Hah aku dah crop kan step nak pakai contour, bronze and
highlight tu. Tapi jangan awak pakai tangan pulak ye, kena lah pakai berus
paling besau sekali. Nah ade tips from twitter. baca ya!
Step ke-7,
Eyeshadow!! My fav!! Untuk kali ni, aku pakai kaler pink and
purple je. Blend dua kaler ni kat tangan dulu, then baru pakai kat mata. Untuk mata
nampak lebih bundar and besar, letak sikit kaler putih kat bahagian depan mata
and pakai kaler itam gariskan kawasan bulu mata kat bahagian bawah.
Step ke-8,
Eyeliner. Sebenarnye eyeliner ni tools makeup paling simple
tapi dia main peranan paling besar sekali woi. Hehehe, aku Cuma pakai nipis je,
tak garang sangat. Beli kat Watson je, Silkygirl punya. Best! Aku ade bagi
contoh kat bawah ni untuk sesapa yang tak biase pakai eyeliner tu boleh la ikut
di bawah tu ya..
Step ke-9,
Bulu mata lentik idaman ramai!! Hahaha.. aku pakai Maybeline
The Magnum Volume Express. Pakai dulu tools pelentik bulu mata tu then sapu lar
mascara tu ya. Kalau nak nampak lagi meletop, boleh la pakai bulu mata palsu. Hehe.
Step ke-10,
Blusherrrrr!! Nak nampak makeup natural? Tak macam kakponti?
Haha!! Aku pakai Blusher from Silkygirl ni. Kalau nak lagi natural, silkygirl
ade jual yang kaler orange. Nak beli nanti
T_T . Sapu blusher kat pipi, hidung and dahi.. better lebihkan kat pipi,
supaya blusher and highlight tadi nampak serata.
Step terakhir,
Jangan lupa lipstick cik oi! Haha, untuk soft look ni, aku
pakai lipstick matte nude dari Silkygirl Nampak natural je.
Hahahahah.. sorry la kalau tuto makeup ni kena membaca, aku
tak reti nak buat video, malu ah kita biase je tak lawo mana -________-
Haha goodluck taw. kalau ade pape tambahan, jangan lupa
komen. Love ya :*






Sorry comment salah tempat, tapi... AHHHHHHHHHHHHHHHH SAYA PUN ARMY JUGAKKKK WEHEEE WEHEEEE
ReplyDeleteHAHAHAHAHAAH, wahai ARMYSSS DAH TENGOK BELUM MV BTS YANG BARU TU :3
Delete